Pages

Sunday, October 2, 2011

Pada hari pertama kuliah untuk kursus PPEA2106, pensyarah telah memberikan sedikit pengenalan untuk subjek Internet dan Pengajaran.
Saya dan rakan sekuliah telah mendapat sedikit informasi mengenai subjek PPEA2106 dan kami dikehendaki untuk membuat wikispaces untuk sumber pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Melalui wikispaces kami boleh berkongsi pendapat dan bertukar-tukar idea. 

http://www.wikispaces.com/user/my/Izwan





REPLEKSI MINGGU PERTAMA 


Kebaikan Menggunakan Sumber Internet Untuk Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Antara kebaikan-kebaikan menggunakan medium internet kepada pendidikan awal kanak-kanak ialah:-

  1. Dapat banyak maklumat dan pautan yang sesuai untuk kanak-kanak. Sumber internet merupakan medium yang sangat mudah untuk kita mendapatkan maklumat, semua informasi-informasi boleh diperoleh di hujung jari sahaja. Sumber pembelajaran dan pengajaran boleh didapati dengan begitu mudah dan cepat, banyak pautan-pautan yang sesuai untuk kanak-kanak caontohnya seperti video, animasi, permainan dan lagu yang boleh kita muat turunkan untuk mengajar kanak-kanak dengan konsisten dan berkesan.                                                                                       
  2. Dapat membantu meningkatkan kadar literasi dan numerasi kanak-kanak. Internet dapat membantu dalam meningkatkan kadar literasi dan numerasi awal kanak-kanak kerana internet mengandungi banyak bahan pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria lihat dan kognitif kanak-kanak. Contoh bahan yang dapat membantu meningkatkan kadar literasi kanak-kanak ialah gambar dan ilustrasi yang berwarna dapat meningkatkan kadar literasi kanak-kanak, hal ini demikian kerana kanak-kanak akan menyebut dan cuba mengenali apa yang dilihat. Selain itu juga, cerita pendek khas untuk kanak-kanak juga boleh  diperoleh melalui internet, cerita tersebut boleh kita kongsikan bersama kanak-kanak dan membaca ayat-ayat mudah dengan mereka. Di samping itu juga, asas nombor juga boleh ditingkatkan melalui nyanyian lagu yang berunsur angka bersama video dan permainan yang melibatkan uji minda kanak-kanak dapat meningkatkan kadar numerasi mereka.
  3. Dapat mengembangkan kemahiran motor halus kanak-kanak. Pendedahan internet kepada pendidikan awal kanak-kanak membantu dalam meningkatkan keupayaan motor halus kanak-kanak, contohnya apabila kanak-kanak menggunakan komputer, kanak-kanak akan menggunakan jari-jemari untuk menaip 'keyboard' dan secara tidak sedar motor halus kanak-kanak akan semakin baik dan dapat melatih mereka untuk lebih mahir dan cekap dalam pengunaan komputer dan internet. Selain itu, melalui internet banyak pautan seperti permainan yang banyak menggunakan kemahiran motor halus kanak-kanak.
  4. Internet juga dapat mengembangkan daya intelektual kanak-kanak. Internet merupakan sumber rujukan ramai yang sangat membantu kehidupan manusia. Melalui internet, informasi-informasi yang melibatkan banyak bidang seperti pendidikan, sukan, teknologi, sains, politik, sosial dan ekonomi boleh diperoleh dengan cepat, mudah dan senang. Kanak-kanak yang mahir  menggunakan komputer akan melayari maklumat yang mereka perlukan, dan  semasa melayari internet sudah pasti ia melibatkan pembacaan dan ini akan menambahkan perbendaharaan kata dan pengetahuan kanak-kanak terhadap isu-isu semasa. Secara tidak langsung ia membantu dalam pengisian kemampuan intelek kanak-kanak di peringkat awal. 
  5. Medium yang menarik dan interaktif untuk kanak-kanak.Internet merupakan satu medium yang sangat menarik dan interaktif dan sesuai untuk menarik minat belajar kanak-kanak. Kanak-kanak tidak akan berasa cepat bosan kerana melalui internet banyak video dan animasi yang sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Contohnya seperti kartun yang dapat memberi nilai pengajaran kepada kanak-kanak dan ini akan meningkatkan tahap sosial kepada kanak-kanak kerana mereka pasti akan berbual mengenai apa yang mereka tonton dan lihat. Perbualan akan dikongsi bersama rakan-rakan sebaya mereka. Selain itu, dari aspek pembelajaran pula, kanak-kanak tidak cepat berasa jemu kerana internet mempunyai variasi tersendiri, salah satunya ialah warna dan maklumat yang banyak.

REPLEKSI MINGGU KEDUA

Mengapa menggunakan internet di dalam bilik darjah?





  1. Supaya murid celik komputer Penggunaan internet di dalam bilik darjah merupakan satu langkah yang bagus kerana sistem pendidikan di Malaysia sekarang ke arah evolusi teknologi untuk memudahkan pihak tenaga pengajar dan pelajar dalam memacu sistem pendidikan di Malaysia. Pelajar tidaklah terbeban dengan rujukan sepenuhnya kepada buku teks yang dibekalkan dan tenaga pengajar juga tidak terikat dengan rujukan untuk guru, dengan adanya internet yang digunakan di dalam bilik darjah, proses pembelajaran dan pengajaran lebih memuaskan dan menyeronokkan. Hal ini demikian kerana para pelajar dapat mengikut guru untuk mengaplikasikan komputer untuk mendapatkan maklumat yang diperlukandan ini secara tidak langsung para pelajar dapat menerokai penggunaan komputer dan internet dan ini membolehkan matlamat pelajar celik komputer dapat diatasi.
  2. Proses pembelajaran dan pengajaran lebih efisien dan efektif. Proses penyampaian dan perkongsian ilmu oleh guru kepada murid akan lebih efektif dengan penggunaan internet di dalam bilik darjah, hal ini demikian kerana dengan adanya internet pembelajaran di dalam bilik darjah lebih berkesan kerana banyak sumber-sumber yang boleh didapati contohnya jika guru ingin mengajar topik yang berkaitan simulasi, guru boleh mencari video yang berkaitan untuk dipertontonkan oleh pelajarnya sambil memberi penerangan, pelajar akan dapat melihat cara dan kaedah yang sebenar secara betul dan tidaklah membebankan guru dengan hanya memberi penerangan tanpa video untuk ditonton.
  3. Menarik minat pelajar untuk belajar di dalam kelas.Pelajar akan berasa cepat bosan danjemu bila belajar di dalam kelas dengan hanya menghadap buku teks sahaja, tetapi dengan adanya kemudahan internet di dalam kelas, kebosanan dapat dikurangkan kerana belajar dengan kombinasi internet lebih menyeronokkan kerana melalui internet banyak gambar-gambar yang berwarna dan ilustrasi yang menarik. Guru boleh memuat turunkan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik yang diajar supaya pelajar dapat melihat gambar dan disusuli dengan penerangan guru. Sudah pasti ia memberi kepuasan dalam pembelajaran jika dibandingkan dengan cara tradisional.
  4. Banyak latihan dan uji minda yang dapat mengesan tahap pemahaman pelajar.Belajar menggunakan internet di dalam kelas merupakan satu sistem yang sangat kompetitif dan kreatif, hal ini demikian kerana internet merupakan satu medium yang mempunyai informasi yang luas dan universal. Selepas mempelajari sesuatu topik guru boleh terus memberi ujian pengukuhan kepada pelajar melalui latihan dan uji minda yang ada di internet. Dengan ujian tesebut guru boleh menilai tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar terhadap sesuatu topik, jika pelajar dapat menjawab soalan dengan baik, pelajar tersebut menumpukan perhatian dan fokus di dalam kelas ketika guru mengajar. 
  5. Maklumat dapat diketahui secara terus. Penggunaan internet di dalam bilik darjah amat memudahkan guru dan pelajar kerana semua input dapat diketahui di dalam kelas. Pelajar juga tidak ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan, pelajar yang masih keliru dan tidak faham boleh terus mencari pautan yang berkaitan dengan topik yang diajar oleh guru dan boleh terus melihat  dan membaca info tersebut. Pelajar dan guru boleh berinteraksi walaupun internet digunakan, dua kemahiran akan diaplikasikan  di dalam kelas iaitu kemahiran bertanya kepada guru sebagai mentor dan kemahiran aplikasi komputer. Ini akan menjadikan para pelajar lebih mendekati dunia digital dan tidak ketinggalan dalam arus siber dan teknologi. 




REPLEKSI MINGGU KETIGA 


My Future Classroom



Saya menginginkan bilik darjah yang sangat menarik, iaitu mempunyai warna-warna yang cerah dan terang, hal ini demikian kerana latar warna dalam bilik darjah memainkan peranan, warna dapat membina motivasi dalam pembelajaran.  Selain itu juga di dalam bilik darjah saya perlukan sudut maklumat dan teknologi, di dalam ruangan ini terdapat kamera digital yang boleh digunakan untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan alam semesta, akses internet juga perlu ada di dalam ruangan teknologi ini, internet ini penting supaya murid-murid dalam melayari internet untuk mencari dan mendapatkan bahan pembelajaran dengan mudah dan cepat. i-Pad juga perlu disediakan di setiap meja belajar untuk murid-murid, ini lebih memodenkan bilik darjah kerana pada masa hadapan mungkin i-Pad merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan, i-Pad dapat meningkatkan kemahiran motor halus murid -murid dengan cepat, kerana murid-murid akan bermain permainan dengan sentuhan skrin dalam jangka masa yang cukup
 Di dalam bilik darjah ruangan teknologi juga perlu mempunyai rangkaian telefon, telefon ini penting supaya apa-apa kecemasan dan masalah dapat segera dihubungi oleh pihak yang berkenaan. Guru dan murid-murid juga boleh menghubungi ahli keluarga jika diperlukan, contohnya murid-murid boleh terus menghubungi ibu bapa atau ahli keluarga untuk datang menjemput balik dari sekolah, ini sangat memudahkan perjalanan dan aktiviti harian semua, di samping itu juga, di dalam ruangan sudut teknologi ada mesin pencetak dan mesin faks. Kedua-dua mesin ini amatlah memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, mesin pencetak boleh digunakan untuk mencetak apa-apa latihan ringkas untuk murid-murid, guru juga boleh mencetak surat dan laporan ke atas murid-murid, selain itu juga mesin faks yang ada boleh digunakan untuk urusan surat-menyurat, mungkin guru boleh meminta contoh-contoh soalan peperiksaan dari sekolah lain dengan segera melalui perantaraan mesin faks tersebut ataupun guru boleh membuat pengedaran stok buku untuk murid-murid. 





Saya juga mengimpikan bilik darjah yang mempunyai ruangan untuk bermain, di dalam ruang tersebut ada permainan puzzle, tanah liat, patung, padang kecil untuk bermain bola dan lego dan juga boleh melakukan aktiviti ringan seperti menari, bersenam robik dan berkumpul di ruang tersebut. Sebagai tambahan dan untuk keselesaan semua di dalam bilik darjah juga disediakan dapur, ruang untuk makan, tandas dan bilik persalinan. Saya juga inginkan ruang bilik bacaan di dalam bilik darjah tersebut, di dalam bilik bacaan tersebut ada perpustakaan mini, murid-murid boleh mendapatkan buku cerita sebagai rujukan dan dapat menambahkan literasi murid-murid, di dalam bilik bacaan tersebut juga mempunyai gambar dan ilustrasi yang berkaitan dengan pembelajaran, contohnya seperti gambar haiwan, gambar buah-buahan dan gambar objek-objek, ini dinamakan "flashcard" besar yang terdapat di dalam bilik bacaan tersebut, mesti menarik minat murid untuk belajar kan? kerana situasi yang kreatif dan mengkagumkan. 
Murid-murid juga mempunyai meja belajar masing-masing dan meja tersebut boleh dihiasi bergantung kepada individu, di meja tersebut juga  ada rak buku, ada rak alat tulis, ada kerusi dan ada lokar kecil sebagai tempat menyimpan barang-barang berharga. Selain itu juga ada bilik perbincangan, bilik perbualan dan bilik untuk nyanyian murid. Ruang seperti itu dapat meningkatkan kualiti dan perkembangan minda murid-murid kerana dapat bersosial dan berdiskusi dengan rakan-rakan sedarjah.  Akhir sekali ruang untuk aktiviti kerohanian juga ada, iaitu ruang untuk solat dan keagamaan, di dalam bilik tersebut buku-buku agama juga disediakan di rak yang telah dibina khas. 







 
REPLEKSI MINGGU KEEMPAT


Second Life










Saya sangat gembira apabila pensyarah menjemput pelajar Phd untuk memperkenalkan kepada kami satu perisian yang masih baru di Malaysia dan masih ramai yang tidak tahu mengenai perisian ini. Perisian ini dipanggil "Second Life" kerana ia merupakan web tiga dimensi, dikategorikan sebagai web tiga dimensi kerana mempunyai animasi yang boleh bergerak, dalam perisian tersebut ada kehidupan manusia dalam satu alam seperti kehidupan di alam yang nyata. Perisian ini sangat interaktif dan menarik kerana ia merupakan satu inovasi di dalam pendidikan di Malaysia, perisian tersebut boleh digunakan di dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid bukan hanya di dalam kelas malah di rumah juga boleh. 












"Second Life" mempunyai banyak fungsi antaranya ialah boleh bersembang secara maya dengan kawan, boleh membuat perbincangan mengenai pelajaran, boleh membuat  panggilan secara terus kepada kawan, boleh meneroka dan terbang ke dunia lain, contohnya ke negara luar daripada Malaysia, selain itu, ahli "second life" boleh memainkan peranan sebagai watak orang lain dan kita boleh menyamar sebagai orang lain.








Melalui "Second Life", kita boleh berkongsi maklumat dengan kawan-kawan kita. Oleh itu, kita perlu memanfaatkan perisian ini untuk kebaikan kita bersama.











REPLEKSI MINGGU KELIMA

How to use internet in the classroom?










Firstly, if we want to use internet in classroom, we must have computer in classroom, because without computer we can't move on, we can't doing any work, computer as a machine and medium to human.  When we have computer in classroom, we must have internet access first, through the internet we can make an email as the communication medium, we can add friends email, through this email we can use to share all about information, knowledge and sensation issues to our friends. Email as the alternative medium in communication because we still can contact we friends even we're busy, we can make a simple discussion, we can give simple explaining about one or more topics. This situation easy to all member because even we can't face to face but we still can get contact friends.












Other than that, we can use internet if we can sign up and register facebook account, this account is very simple but very useful to all human, because facebook is one of the better site, through this site, we can make a simple discussion with friends and lecturer, in this medium we can make an announcement, tell them what is the important thing, tell them about urgent matter! 
In addition, we also can do blog,  through blog we can save a little information such as link or videos, we also can typing anything matter related about knowledge, we can use blog to share information also, when we have blog, we can read more about one topic if we save in our blog, we can tell our friends follow we blog together. Blog also one of the social site but this part is different with email and facebook. Blog is different because blog only focus on simple story, for example we can type simple comment like a diary or activity which we have join, we can upload pictures in the blog, other than that blog also is one collection in many domain of education which can read, sharing and refer to the public, we also can save opinion, ideas and perception. 
We also can use yahoo mesengger in classroom, this medium make easy to communicate with each other in classroom. 

We can apply to use internet in classroom also in learning and study because through this method we can send an assignment, getting information, saving data and also not wasting time to do it in any work.


REPLEKSI MINGGU KEENAM

What I learn today? based on presentation.

I got learn something new about animals for kids watching, I got to knew about method to help children in learning, games and mathematics. Other than  that I got knew about the relevant web and link for kids, I learn about special education even that the course is not my option. For example, I learn study about dyslexia, what is dyslexia? dyslexia is a learning problem not a disease, but we can give a treatment to them.

Animals video

Dyslexia

Mathematics for kids



REPLEKSI MINGGU KETUJUH

Aplikasi internet yang sesuai untuk pendidikan awal kanak-kanak.

  1. http://www.learningplanet.com/act/abcorder.
  2. http://www.e-learningforkids.org/
  3. http://www.kidspsych.org/oochina2.html
  4. http://gametrick.net/sitemap.php?category=cocuk&subcategory=matematik
  5. http://www.first-school.ws/theme/science.htm
Semua web di atas merupakan satu pautan yang sesuai untuk pendidikan awal kanak-kanak, web-web tersebut mengandungi pembelajaran berasaskan permainan yang melibatkan mata pelajaran matematik awal kanak-kanak, sains awal kanak-kanak dan permainan yang dapat mengembangkan potensi dan intelektual kanak-kanak.






REPLEKSI MINGGU KELAPAN


JING ..!


Saya sangat teruja apabila pensyarah memperkenalkan mengenai perisian JING. Saya suka dengan Jing kerana ia lain dari yag lain, saya dapat belajar sesuatu yang baru dalam subjek internet dan pengajaran ini, di samping itu saya rasa sangat bertuah dan sudah tentu gembira kerana dapat mempelajari Jing, hal ini demikian kerana mungkin hanya pelajar yang mengambil kursus PPEA2016 sahaja yang tahu akan mengenai Jing ini.


Jing merupakan satu perisian yang boleh membuatkan transformasi power point menjadi kepada video, Jing juga boleh merakam suara kita, kerja menjadi lebih mudah kerana hanya membuat video sambil rakam suara kita bercakap mengenai setiap slaid yang kita paparkan.


Kelebihan Jing ialah ia dapat menangkap imej, web, power point dan youtube, ini sangat menarik kerana ia mempunyai fungsi yang pelbagai selain dapat merakam suara kita. Jing sangat kreatif dan inovatif kerana kita boleh menggunakan Jing di dalam pembelajaran dan pengajaran kita, memudahkan kerja kita dan menarik perhatian dan minat kepada semua.


Jing boleh digunakan di dalam bilik darjah dengan menggunakan video yang telah ditangkap oleh guru, guru boleh  mengajar murid di dalam bilik darjah tanpa perlu menggunakan banyak suara, tetapi menggunakan jing beserta bahan pembelajaran dengan suara yang telah dirakam. Proses ini adalah satu kreativiti dalam pendidikan yang dapat menarik minat murid untuk belajar di dalam bilik darjah.






REPLEKSI MINGGU KESEMBILAN




Apakah kegunaan tools camsatia studio?


Saya berasa gembira apabila dapat memuatturunkan perisian camsatia studio ke dalam laptop saya. Saya sangat tertarik dengan perisian camsatia studio ini kerana sangat berguna kepada saya, pelbagai guna.


Antara kegunaan camsatia studio ini ialah untuk rakam skrin, rakam power point, import media dan rakam suara, boleh digunakan untuk mengedit video dan audio, memotong/memendekkan video, menggabungkan muzik,  dan boleh mengedit gambar.






REPLEKSI MINGGU KESEPULUH


Kegunaan wordpress di dalam pengajaran dan pembelajaran.


Antara kegunaan wordpress di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah boleh masukkan video, masukkan gambar dan imej, boleh masukkan pautan untuk permaian, lagu dan video, melalui wordpress juga kita boleh masukkan nota-nota dengan memuatnaikkan ke dalam wordpress, wordpress juga boleh dimasukkann penilaian, latihan pembelajaran dan aktiviti serta boleh memberikan komentar di setiap pautan-pautan yang ada di dalam wordpress. 




Wordpress boleh digunapakai di dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh guru boleh memasukkan video-video yang berkaitan dengan bahan pengajaran seperti videa lagu abjad A-Z, guru boleh menyanyi bersama-sama murid, ini merupakan satu aktiviti yang menarik dan tidak membosankan kerana murid-murid mendapat satu pembaharuan dalam penyampaian belajar.


Selain itu juga, guru boleh memasukkan nota-nota di dalam wordpress sebagai rujukan para murid, selepas aktiviti pembelajaran dan pengajaran, latihan dan penilaian boleh dibuat terus kepada murid.


Dalam wordpress ini, guru boleh membuat satu inovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru boleh memasukkan semua bahan pengajaran mengikut topik, setiap topik tersebut guru boleh memasukkan sedikit video dan latihan yang berkaitan dengan topik tersebut. Latihan tersebut boleh dibuat di akhir pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kelemahan dan kekuatan murid.


Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar subjek sains, guru boleh memasukkan video yang berkaitan kitaran hujan, pencemaran, dan hidupan laut misalnya. Murid akan lebih mengambil perhatian di dalam kelas disebabkan tayangan video yang mengandungi suara, animasi, warna dan lebih interaktif berbanding dengan berpandu pada buku teks sahaja sepenuh masa yang membosankan pelajar.























2 comments: